Petikan Malaysiakini
Kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad mengenai gaya hidup ‘mewah’ Datin Seri Rosmah Mansor
tidak mendapat tempat semua akhbar berhabasa Melayu dan kebanyakan
akhbar harian berbahasa Inggeris.
Kenyataan Dr Mahathir dalam blognya itu hanya dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Sun dan akhbar Cina.
Sejak 2 April lalu, Dr Mahathir mengulangi desakannya supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur berdepan dengan pelbagai tuduhan.
Antaranya, isu motif di sebalik pembunuhan wanita warga Mongolia
Altantuya Shariibuu, peranan Jho Low dalam 1Malaysia Development Bhd
(1MDB), pembelian jet baru kerajaan yang mewah dan sumber kekayaan
Najib.
Menulis di blognya semalam, Mahathir meneruskan siri serangannya dengan
berkata terdapat banyak perkara mengenai tingkah laku Najib yang "tidak
betul".
“Tetapi saya sedia mengabaikannya, termasuk gaya hidup mewah dia dan isterinya,” tulisnya dalam blognya chedet.cc.
Kenyataan itu dipercayai yang pertama dibuat seorang tokoh utama dalam
parti pemerintah mengakui Najib dan Rosmah menjalani hidup mewah.
Akhbar gelapkan isu gaya hidup Rosmah
Tuesday, 21 April 20150 comments
Related Articles
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
- Utusan, Kosmo henti operasi minggu ini
- Utusan berisiko ditutup, kata NUJ
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
- Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
Post a Comment