Said Zahari: Patriotik, lantang dan berprinsip

Wednesday 20 May 20150 comments

Oleh Mariam Mokhtar 

Hari ini, hanya sebilangan kecil orang Malaysia dan Singapura yang mengetahui bahawa dalam
kalangan mereka wujudnya seorang Melayu, yang sangat hebat.

Said Zahari walaupun dilahirkan sebagai orang Singapura, tetapi tindakannya mempertahankan kebebasan media, menggalakkan intelektualisme Melayu, menjunjung prinsip unggul dan mempamerkan keberanian dalam menunaikan tugas, dan semua ini dilupakan oleh pengkaji sejarah.

Kini, orang Melayu seperti Said Zahari jarang wujud tetapi sewaktu dia masih muda, terdapat ramai orang Melayu yang tidak gentar menyatakan pendirian, mereka yang punya keberanian menunaikan tugas, yang bersedia tanpa ragu mempertahankan masyarakat dan tidak pernah takut akan kebenaran. Sekarang, hanya sedikit orang Melayu yang boleh menandingi susuk lelaki yang namanya Said Zahari, atau lebih dikenali dengan Pak Said.

Jadi, siapakah Said Zahari? Mari kita nilai dia berdasarkan apa yang cuba dilakukannya, sewaktu era 50-an dan 60-an, di Tanah Melayu dan Singapura.

“Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari”, memoirnya memberikan kita kisah menarik tentang lelaki hebat ini. Terdapat beberapa kebenaran yang tidak menyenangkan, yang pastinya menyebabkan wujud perbezaan pendapat. Dia tidak pernah gentar, dan memiliki sikap tidak bertolak ansur, bilamana ia diperlukan.

Sebagai editor, di Utusan Melayu, Saiz Zahari mengetuai mogok pada 1961, untuk membantah pengambilalihan suratkhabar itu, oleh kerajaan pada ketika itu. Kerajaan mendesak suratkhabar, mengikut dasar mereka. Said enggan berganjak, apabila berhadapan dengan seorang ahli Umno bernama Ibrahim Fitri, yang dihantar untuk memberi tekanan kepadanya.

Pada 1961, walaupun Said Zahari menyedari yang lembaga pengarah Utusan Melayu, dibawah kawalan beberapa orang kuat Umno, dia masih mempunyai harapan. Dia merasakan peranan media yang bebas ialah memberikan rakyat keyakinan untuk bercakap secara terbuka tentang isu yang penting, seterusnya membenarkan perubahan politik dan ekonomi berlaku.

Tertanam dalam fikiran Said Zahari ialah matlamat asal Utusan Melayu, yang mahu menjuarai pergelutan rakyat dan menjadi saluran idea mereka. Suratkhabar itu, diasaskan oleh Yusuf Ishak pada 1939, ialah suratkhabar berbahasa Melayu pertama, dan mempunyai tiga matlamat dalam kenyataan misinya, “Untuk berkhidmat kepada agama, rakyat dan negara.”. Yusuf Ishak kemudiannya menjadi Presiden pertama Singapura.

Apabila Ibrahim Fikri memberikan empat syarat kepada Said Zahari, dia dan kakitangan Utusan Melayu bangkit melawan. Mereka terkejut dengan keangkuhan Umno dan kemudian melakukan mogok yang dipandu oleh kepentingan Melayu, yang berlangsung selama 100 hari, untuk melindungi kebebasan Utusan Melayu. Mogok itu hanya terhenti apabila Said Zahari dihalang daripada memasuki Tanah Melayu, selepas melakukan lawatan ke pejabat suratkhabar itu di Singapura.

Suratkhabar tersebut, yang kita kenali sebagai Utusan Malaysia, pernah dikenali dengan nama Utusan Melayu. Kalaulah Said Zahari berjaya ketika itu, Utusan hari ini, tidak akan menjadi saluran Umno Baru dan menyebarkan propaganda kerajaan, termasuklah kenyataan perkauman dan agama yang tidak masuk akal.

Jika Said Zahari tidak ditahan oleh Lee Kuan Yew, sewaktu Operasi Cold Store, selama 17 tahun, tetapi dibenarkan untuk mempertahankan kebebasan media, kedua-dua negara Malaysia dan Singapura mungkin akan jadi berbeza. Bukan daripada segi pencakar langit dan pembangunan, tetapi daripada aspek moraliti pemerintahan.

Jika Said Zahari tidak membangkitkan kemarahan Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew, kedua-dua negara Malaysia dan Singapura tidak akan menggalakan ketakutan dan kebencian, terutama sekali retorik agama dan perkauman yang merebak dalam pentadbiran Malaysia kini.

Jika Said Zahari tidak disekat dan dihalang sewaktu usia mudanya, dia mungkin menyumbang faedah besar kepada politik Malaysia dan Singapura dan membantu membentuk kedua negara. Kita mungkin mempunyai pentadbiran yang lebih telus dan bertanggungjawab. Kerajaan tidak akan berbuat sesuka hati mereka, kerana orang seperti Said Zahari wujud untuk menjadi pengkritik paling lantang.

Menyedihkan, hanya sebilangan kecil rakyat Malaysia mengenali Said Zahari, bekas editor Utusan Melayu, suratkhabar pertama dimilik orang Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan daripada British. Said Zahari meraikan hari lahirnya yang ke-87 pada 18 Mei, keunggulan lelaki ini ialah keperibadiannya, integrity dan pengorbanan peribadi yang dia lakukan, sepanjang hidupnya. Semua ini telah dilupakan.

Said Zahari ialah antara orang Melayu unggul di zamannya, malah di zaman kita. Melalui siding editorial Utusan Melayu, editor ini menimbulkan kemarahan kerajaan tempatan dan asing. Mereka tidak mudah tunduk, ketika membongkar kebenaran.

Apabila berhadapan dengan seorang ahli Umno, yang mendesak suratkhabar itu memohon maaf kerana mengeluarkan cerita tentang rayuan golongan petani Melayu, Said Zahari berkata, “Saya seorang wartawan, bukan diplomat. Saya tidak bercakap bahasa diplomasi.”

(Notakaki: Volume ketiga memoir politik Said Zahari, akan dikeluarkan tidak lama lagi.)
Mariam Mokhtar ialah “rakyat Malaysia yang berani bercakap benar”.
Share this article :

Post a Comment

 
Webmaster : K.A.M.I
Copyright © 2010. Bebaskan Media - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap Webmaster
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat