Homeberita
Utusan terus bernafas, harga akhbar naik 50sen
Utusan terus bernafas, harga akhbar naik 50sen
Tuesday, 20 August 20190
comments
Tidak seperti jangka sebelum ini, syarikat Utusan Melayu (M) Bhd
(Utusan Melayu) tidak akan menutup operasinya atau menamatkan penerbitan
akhhar harian mereka.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu,
Abd Aziz Sheikh Fadzir, berkata syarikat itu akan meneruskan
perniagaannya namun menaikkan harga jualan bagi akhabar harian mereka, Utusan Malaysia dan Kosmo!.
Kata Aziz, kedua-dua akhbar tersebut - yang kini bersaiz tabloid - akan dinaikkan 50 sen mulai Jumaat ini.
Susulan pengenalan harga baru itu, akhbar Utusan Malaysia akan dijual pada harga RM2, manakala Kosmo! menjadi RM1.50.
Iklan
Bekas
anggota parlimen Kulim Bandar Baru itu juga berkata, untuk
menyelamatkan syarikat tersebut, Utusan Melayu perlu kembali kepada
model perniagaan media.
Abd Aziz juga merayu kepada pelbagai pihak
agar membantu syarikat berkenaan - yang sebelum ini kalah dalam
beberapa saman fitnah oleh pemimpin PH.
"Saya minta rakyat yang
bersimpati kepada Utusan (Melayu), bantulah kami, beli surat khabar,
(beli) iklan dengan kami," katanya pada sidang media di pejabat syarikat
itu di Kuala Lumpur hari ini.
Abd Aziz Sheikh Fadzir
Sebelum
itu semalam pengurusan tertinggi Utusan Melayu didakwa mengadakan
mesyuarat dengan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Abd Aziz, Utusan Melayu memerlukan masa lebih lama untuk mengimbangi kos operasinya.
Rugi RM3 juta setiap bulan
Mengulas
lanjut, Aziz berkata syarikat itu terpaksa menaikkan harga kedua-dua
akhbar berkenaan bagi mengurangkan kos operasi yang ditanggung ketika
ini.
“Daripada peningkatan ini dan berdasarkan anggaran akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! masing-masing
terjual sebanyak 50,000 dan 100,000 naskah sebulan, kita jangka ia akan
menyumbang kira-kira RM2.3 juta sebulan kepada Utusan.
“Berdasarkan
laporan terakhir kepada Bursa, kita mengalami kerugian RM3 juta setiap
bulan, namun hasil jualan akhbar ini dijangka mengurangkan defisit kita
kepada RM750,000 sebulan.
“Kita
harap sentimen untuk membantu Utusan dan semangat untuk memastikan
Utusan terus beroperasi selepas 80 tahun dalam kalangan masyarakat
ketika ini, akan diterjemah dengan pembelian kedua-dua akhbar ini
walaupun harganya naik,” katanya.
Aziz berkata, pihaknya yakin
kewangan Utusan akan kembali stabil antara 2020 hingga 2021 jika mereka
berjaya melupuskan beberapa aset, meningkatkan pendapatan pengiklanan
dan pertambahan pembaca kedua-dua akhbar Bahasa Melayu itu.
Pelabur berminat beli aset
Berhubung
tunggakan gaji, Abd Aziz berkata, pihaknya bersetuju membayar RM2,000
kepada 800 kakitangan Utusan hari ini sebagai penyelesaian jangka
pendek, namun tiada jaminan khusus bagi jangka panjang.
“Kita
terpaksa naikkan harga akhbar dan jika jumlah pembaca kekal atau
bertambah, di samping penjualan aset diselesaikan, kita yakin akan mampu
membayar gaji pekerja mengikut masa,” katanya menegaskan hanya satu
aset berdepan masalah untuk dijual kerana tiada Sijil Perakuan Kelayakan
(CF).
Ditanya
sekiranya ada pelabur yang mahu membeli aset atau melabur dalam Utusan,
Aziz berkata, beberapa pelabur menyatakan minat namun mereka sedikit
skeptikal selepas melihat status kewangan Utusan.
“Ada beberapa
pelabur yang menunjukkan minat, tapi apabila tengok unjuran dan
kehilangan aliran tunai kita setiap bulan, mereka risau juga,” katanya
yang membuka pintu untuk bergabung dengan mana-mana entiti media.
Abd
Aziz berkata, jumlah tunggakan gaji dan bayaran Skim Pemisahan Sukarela
(VSS) adalah hampir RM10 juta, iaitu lebih RM3 juta bagi gaji dan RM6
juta bagi VSS.
Bukan lidah Umno
Disoal
mengenai hala tuju editorial Utusan yang dilihat berat sebelah sebelum
ini, Aziz menegaskan Umno tidak pernah terbabit secara langsung dalam
keputusan editorial sejak beliau dilantik sebagai Pengerusi Utusan.
“Wadah
kita wadah rakyat. Kita nak bantu ketengahkan pandangan rakyat, namun
bila buat begitu, kita dilihat menentang kerajaan. Bukan itu agenda
kita.
“Kita bukan lidah Umno. Umno tak pernah ganggu editorial.
Utusan bebas untuk menulis apa sahaja, tapi mesti bertanggungjawab,”
katanya.
Sementara
itu, urusan jual beli saham syarikat Utusan akan digantung bermula 30
Ogos dan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia pada 30 Ogos.
Semalam,
Ahli Lembaga Pengarah Utusan memaklumkan kepada Bursa Malaysia mereka
tidak pasti kumpulan itu dapat kembali pulih pada akhir tahun kewangan
2019.
Saham Utusan di Bursa Malaysia dibuka pada 0.09 sen pagi ini dan ditutup pada 0.07 sen pukul 5 petang tadi.
Ketika mengulas perkara itu, Abd Aziz berkata penyahsenaraian syarikat berkenaan tidak akan menjejaskan mereka.
"Tiada kesan kepada perniagaan, kita ada masalah sama, saya tak nampak keluar daripada Bursa akan ada masalah kepada kita.
"Berita semalam kata Utusan nak tutup itu beri masalah kepada kita, itu kita nak pulihkan," katanya lagi.
Terdahulu,
Aziz mengadakan pertemuan tertutup bersama kakitangan syarikat
kira-kira sejam menjelaskan keadaan semasa syarikat berkenaan.
KAMI singkatan kpd Kumpulan Aktivis Media Independent digerakkan sekumpulan pengamal media prihatin, peduli dan sensitif dengan isu2 ketidakadilan, penindasan dan kekangan melampau KDN terhadap penerbit, pencetak dan pengamal media dengan menyalahgunakan kuasa eksklusif menteri dan Akta Mesin Cetak & Penerbit 1984 dalam menentukan kelulusan permit, penguatkuasaan dan menembok cerucuk keras dalam kebebasan bersuara.
Post a Comment