Ketika The Malaysian Insider (TMI) mencecah usia genap lapan tahun hari ini, akses kepada laman
itu disekat beberapa pembekal Internet susulan tindakan diambil
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas sebab
"keselamatan negara".
Ketika dihubungi, Ketua Penguatkuasa SKMM
Zulkarnain Mohd Yasin mengesahkan tindakan itu dan menyatakan akan
mengeluarkan kenyataan mengenainya.
"Kami akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya kepada TMI.
Bagaimanapun, sumber berkata,
SKMM mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet untuk menyekat TMI atas
sebab "keselamatan negara".
Katanya, tindakan ini diambil
kerana kesalahan didakwa dilakukan TMI mungkin memberi kesan kepada
kestabilan negara, ketenteraman awam dan keharmonian, dan kestabilan
ekonomi.
Beberapa pembaca memaklumkan kepada TMI perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses portal berita itu.
Pembaca TMI yang menggunakan perkhidmatan Celcom, dan di sesetengah
tempat, Unifi, kedua-duanya syarikat yang dikawal kerajaan, mengadu
mengenai sekatan itu.
Bagaimanapun, sesetengah pengguna Maxis
dan U-Mobile berkata mereka masih boleh mengakses laman The Malaysian
Insider daripada telefon bimbit walaupun arahan dikeluarkan kepada
semua ISP.
Mereka menerima notis SKMM yang menyatakan portal berita ini melanggar undang-undang Malaysia, apabila melayari laman web TMI.
Bagaimanapun, tiada notis dihantar kepada TMI mengenai pelanggaran sebarang undang-undang.
"Ini satu kejutan yang tidak menyenangkan. SKMM sudah menjawab
pertanyaan saya mengenai perkara ini, mengatakan mereka akan
mengeluarkan kenyataan," kata Pengarang dan Ketua Eksekutif TMI Jahabar
Sadiq, hari ini.
Akses kepada TMI disekat atas sebab ‘keselamatan negara’
Sunday, 28 February 20160 comments
Related Articles
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
- Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
- Utusan terus bernafas, harga akhbar naik 50sen
- Kakitangan Utusan akan dibantu cari kerja baru - Mahfuz
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
Post a Comment