Artis grafik lancar kempen poster atas talian sokong kebebasan media

Sunday 28 February 20160 comments

Aktivisme (Grupa) melancarkan kempen kebebasan media, menjemput rakyat Malaysia untuk m
enentang sekatan Putrajaya terhadap media dengan meluahkannya melalui seni dan kerja-kerja kreatif. Poster terbaharu kumpulan tanpa nama itu dengan penggunaan permainan kata yang bijak dan grafik yang menggambarkan sokongan kepada penyiar berita yang digantung atau disekat pihak berkuasa, seperti majalah mingguan The Heat, akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily dan terbaharu, The Malaysian Insider.

Salah satu poster berbunyi, "Pertama, mereka tidak boleh menahan 'panas', kemudian kami semua di pinggir, sekarang kita adalah orang luar" - rujukan terakhir permainan kata pada halaman altenatif The Malaysian Insider di www.themalaysianoutsider.com.

The Malaysian Insider disekat pengawal selia Internet Malaysia sejak Khamis selepas laporan memetik ahli panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan  terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan salah laku jenayah dalam firma milik Kementerian Kewangan SRC International.

Kementerian Dalam Negari pada 2013 menggantung The Heat dipercayai disebabkan cerita mengenai Najib bertajuk "Semua tertumpu kepada perbelanjaan besar PM Najib".

Penggantungan itu ditarik balik pada 2014 dan akhbar harian itu dibenarkan meneruskan operasi tanpa sebarang perubahan kepada permit penerbitannya.

Akhbar kewangan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung tahun lalu kerana melaporkan mengenai dakwaan rasuah di firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana Najib merupakan pengerusi lembaga penasihat.

Penggantungan kedua-dua akhbar milik The Edge Media Group  ditarik balik pada September tahun lalu atas perintah Mahkamah Tinggi.

Dalam satu kenyataan akhbar di laman Facebook, Grupa berkata mereka melihat langkah Suruhanjaya Komunikasi Media Malaysia (SKMM) menyekat The Malaysian Insider sebagai "satu lagi percubaan terang-terangan golongan elit yang terdesak dalam menyekat kebebasan bersuara atas alasan keselamatan negara."

"Pada hakikatnya peranan media ialah untuk membantu orang ramai untuk membangunkan pemikiran kritikal.

"Kami merasakan sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia menuntut kebebasan untuk media dan Internet berdasarkan serangan terkini terhadap kebebasan bersuara di Malaysia," kata kenyataan itu.
Tiga poster diletakkan pada halaman kumpulan itu sejak pagi ini dan dijangka banyak lagi untuk kempen atas talian dengan hashtag #bebasmedia #freethemedia.

Grupa merupakan penggerak kebanjiran imej Najib sebagai badut di laman media sosial, sebagai solidariti kepada aktivis dan artis Fahmi Reza yang memulakan kempen atas talian #KitaSemuaPenghasut yang menyindir perdana menteri.

Imej asal Fahmi juga membawa perkataan "Dalam negara yang penuh dengan rasuah ... Kita semua penghasut."

Polis sudah memanggilnya untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan Ahad ini.

Grupa pertama kali ditubuhkan semasa perhimpunan Bersih 4.0 pada Ogos tahun lalu dan mengedarkan 110 poster bantahan atas talian sebelum perhimpunan, menuntut pembaharuan kerajaan dan peletakan jawatan Najib di sebalik dakwaan skandal rasuah berkaitan 1MDB dan derma RM2.6bilion didepositkan ke dalam akaun peribadinya

Share this article :

Post a Comment

 
Webmaster : K.A.M.I
Copyright © 2010. Bebaskan Media - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap Webmaster
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat