KUALA LUMPUR : Cadangan mewajibkan pengendali media sosial serta protal berita di negara ini
mempunyai lesen merupakan cadangan yang bersifat ke belakang dan mundur.Cadangan tersebut dilihat sebagai suatu cubaan untuk menyekat rakyat dari mendapat laporan berita alternatif.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman
Mohamad, usaha itu hanyalah satu helah BN untuk menyekat kebangkitan
rakyat yang juga terhasil berikutan maklumat media ionternet.
"Dengan berselindung di sebalik alasan membendung budaya fitnah serta
menghasut, cadangan ini timbul selepas BN mendapat kekalahan yang teruk
dalam sejarah pilihan raya tanah air disebabkan oleh maklumat-maklumat
yang diperolehi rakyat melalui internet," kata Kamaruzzaman
Tambahnya lagi, cadangan yang dilihat sebagai panik dan dangkal ini juga
sebagai satu usaha dalam menutup mata rakyat dan mengekalkan
pemerintahan BN di Malaysia.
Katanya lagi, dengan adanya
undang-undang dan lesen tersebut, kerajaan bebas menyekat mana-mana
maklumat yang dilihat sebagai membahayakan BN.
"Undang-undang yang boleh dimanipulasi oleh BN menjadi senjata utama dalam membodohkan rakyat Malaysia.
"Sudahlah akhbar milik Pakatan Rakyat disekat dan dihadkan
pengeluarannya, kini media di internet pula mahu disekatnya," katanya
lagi.
Bagi Kamaruzzaman, kerajaan boleh mengambil tindakan
dengan mengenakan sekatan terhadap akses laman-laman lucah yang kian
mudah diperolehi dan bukannya menyekat maklumat berita kepada rakyat.
Tambahnya, laman web pornografi itulah yang sebenarnya membahayakan
negara dan generasi muda yang menjadi pelapis pimpinan masa kini.
Katanya lagi, laman web yang tidak bermoral ini seharusnya menjadi
sasaran utama kerajaan. Selain itu, beliau menyelar sikap kerajaan
yang tidak bertindak ke atas beberapa media arus perdana yang menjadi
'pemfitnah'. Sebaliknya tindakan 'double standard' dikenakan ke atas
media alternatif di internet bakal mengundang kemarahan rakyat.
"Ramai dikalangan rakyat kini adalah golongan yang tidak menerima
maklumat daripada sebelah pihak sahaja. Rakyat kian pandai menilai
berita yang diterima. "Berselindung di sebalik membenteras budaya
fitnah akan menyebabkan rakyat semakin menolak kerajaan BN kerana
akhbar-akhbar tajaan BN sendirilah yang mempromosikan budaya tersebut,"
ujarnya.
BN sekat minda rakyat
Tuesday, 18 June 20130 comments
Related Articles
- Kakitangan Utusan akan dibantu cari kerja baru - Mahfuz
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
- Utusan, Kosmo henti operasi minggu ini
- Utusan berisiko ditutup, kata NUJ
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
Post a Comment