PETALING JAYA: Kebimbangan terhadap manipulasi kandungan bukanlah satu-satunya isu bagi stesen televisyen milik kerajaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), memandangkan turut berlaku pengabaian kebajikan pekerja media yang juga patut dikritik.
Hal ini dibangkitkan kumpulan 
kebebasan media serantau yang meyifatkan, “pengurangan kos” operasi 
media bukanlah alasan yang kukuh terhadap dakwaan percubaan menafikan 
gaji yang selayaknya kepada pekerja.
Pengarah Eksekutif Perikatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) Gayathry Venkiteswaran berkata, sementara sikap kritikal

terhadap media adalah “pendekatan
 yang sihat” ke arah meningkatkan standardnya, hak-hak asas juga perlu 
dipertahankan walaupun mungkin ada yang tidak setuju dengan gaya 
laporannya.
“RTM adalah badan kerajaan dan 
kandungannya secara asas adalah maklumat kerajaan (namun) ada isu yang 
mengancam jurnalisme melangkaui kecondongan politik mereka.
“Isu-isu ini termasuklah struktur 
pekerjaan, hak untuk diwakili, kebebasan dan keselamatan dalam melapor,”
 katanya kepada Semut Harian.
Beliau menekankan, pihak 
pengurusan RTM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu memikul 
tanggungjawab jika kebajikan pekerja mereka terjejas hanya kerana 
kononnya ingin mengurangkan kos.
“Ini adalah masalah serius dalam media, di mana jumlah pekerja kontrak dan stringer (wartawan sambilan) adalah tinggi, lebih-lebih lagi dalam media penyiaran.
“Mungkin ada sebab yang baik untuk
 melakukan penstrukturan semula. Namun dari sudut hak pekerja, ia juga 
bermaksud kerajaan selaku majikan berlepas tangan daripada 
tanggungjawabnya,” kata Gayathry.
Menteri Komunikasi dan Multimedia 
Datuk Seri Shabery Cheek menafikan laporan berhubung masalah kewangan 
yang dihadapi RTM, namun Semut Harian sebelum ini memetik sumber dari 
dalam RTM sendiri yang berkata, pendapatan mereka telah terjejas ekoran 
pengurangan kos yang dilaksanakan sejak Januari lalu.
“Kakitangan tidak tetap selalunya tidak diwakili, dan paling senang untuk dikorbankan.
“Wartawan sambilan pula, sama ada 
bekerja untuk media kerajaan atau swasta, tidak memiliki hak perwakilan 
dan ia mencerminkan kelemahan komuniti wartawan di Malaysia,” katanya 
yang turut menyifatkan kebebasan media dan hak pekerja sebagai tidak 
dapat dipisahkan.

Katanya, lebih penting bagi 
komuniti media (dan orang ramai) untuk menyuaakan kebimbangan jika wujud
 hubungan antara masalah itu dengan kandungan media, di mana sebahagian 
liputan dibuat secara berat sebelah. 
“Jika kita ‘hukum’ pekerja, kita 
hanya membenarkan menteri bertindak bebas, memandangkan RTM berada di 
bawah tanggungjawab Menteri Komunikasi dan Media,” katanya.
Sebelum ini, RTM dilaporkan telah 
memansuhkan “meja jenayah” di Angkasapuri sejak Februari. Selain itu, 
turut ada dakwaan tentang jurufoto sambilan yang tidak mendapat bayaran 
daripada gambar yang dihantar. 
Selain daripada Angkasapuri, Semut
 Harian baru-baru ini mendapati pengurusan RTM sebelum ini turut 
menamatkan perkhidmatan dua wartawan sambilan di bawah biro Selangor, 
sekaligus ‘menutup’ seksyen berita di negeri itu.
Biro Selangor RTM kini hanyalah 
membekalkan audio untuk slot berita radio kerana tidak lagi memiliki 
wartawan sambilan untuk mengambil video, kecuali ada permintaan rasmi 
dibuat ke Angkasapuri.
Menurut sumber, RTM juga tidak memperbaharui kontrak tiga wartawan sambilan dari Kuala Lumpur yang tamat 31 Desember lalu.
“Kita memahami keperluan untuk 
mengurangkan kos, namun sebenarnya lebih efektif untuk RTM membayar 
wartawan sambilannya berbanding menghantar pekerja tetapnya,” kata 
sumber itu.
Katanya, setiap wartawan sambilan 
hanya dibayar RM200 untuk lima jam (diklasifikasikan sebagai satu 
tugasan dalam kontrak mereka), berbanding kos menghantar pasukan yang 
terdiri daripada seorang pemandu, wartawan, jurufoto dan juruteknik. 
“Wartawan sambilan hanya akan 
membuat tuntutan tambahan selain daripada RM200 yang diterima. Secara 
purata, seorang akan mendapat kira-kira 30 hingga 40 tugasan sebulan,” 
katanya lagi.
Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini adan membangkitkan kelamahan pengurusan dana dalam RTM.
Edisi terbaru laporan itu yang 
dibentangkan November lalu mendedahkan, sejumlah RM43.7 juta yang 
dibelanjakan untuk program RTM1 dan RTM2 tidak mendapat kelulusan 
daripada Unit Perancang Ekonomi dan Perbendaharaan Malaysia.




Post a Comment