Human Rights Watch (HRW) yang
berpangkalan di New York, Amerika Syarikat menggesa
masyarakat
antarabangsa memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, selepas sekatan
terhadap sebuah portal berita semalam.
Timbalan Pengarah
HRW Phil Robertson berkata kerajaan terang-terangan melanggar kebebasan
media dan meningkatkan kebimbangan pada komitmennya pada hak asasi dan
prinsip demokrasi.
“Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan
kerajaan-kerajaan lain perlu campur tangan untuk menekan pemimpin
Malaysia supaya menghindarkan diri daripada dasar-dasar sesebuah media
yang dijangkakan di negara satu parti seperti Vietnam, dan bukan sebuah
negara yang mendakwa moden, demokrasi pelbagai parti,” katanya
Robertson
berkata tiada keraguan lagi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan kerajaan dang mengetatkan penapisan terhadap portal berita
atas talian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam
menyekat The Malaysian Insider (TMI) kerana didakwa melanggar peruntukan
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan penggunaan
tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ia
berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya
dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu orang lain.
Suruhanjaya itu semalam tidak menyatakan dengan jelas tulisan yang mendorong sekatan itu dibuat, tetapi diakui menteri mempunyai kaitan dengan laporan bahawa terdapat cukup bukti untuk mendakwa Najib.
Polis
berkata akan menyiasat laporan TMI mengenai syor yang dikatakan dibuat
Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Pengerusi panel itu Hamid Bugo malam tadi menafikan
pihaknya percaya terdapat bukti cukup untuk mendakwa Najib dalam kes
kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaunnya serta siasatan kes SRC
International.
Sekat portal: HRW gesa tekanan global pada M'sa
Sunday, 28 February 20160 comments
Related Articles
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
- Utusan, Kosmo henti operasi minggu ini
- Utusan berisiko ditutup, kata NUJ
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
- Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
Post a Comment