Agensi berita harus memanfaatkan platform media
sosial dalam penyebaran berita dan maklumat, kata Menteri Komunikasi
dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata media sosial memberikan saingan hebat kepada rangkaian media konvensional termasuk agensi-agensi berita.
"Kepantasan luar biasa berita dan maklumat bergerak melalui media sosial
dalam penyebaran dan kuasa kewartawanan rakyat tidak harus dipandang
ringan.
"Kita harus memanfaatkan platform media sosial dan bergerak ke hadapan
kerana lebih ramai orang akan menggunakan media sosial untuk mendapatkan
berita dan maklumat," kata beliau pada majlis jamuan malam bagi
meraikan delegasi Mesyuarat ke-38, Lembaga Eksekutif Pertubuhan
Agensi-agensi Berita Pasifik (OANA) di Kuala Lumpur.
Mesyuarat yang berlangsung di sini dihoskan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Turut hadir ialah Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, Ketua
Pengarang, Datuk Zakaria Abd Wahab dan Setiausaha Agung OANA, Mikhail
Gusman.
Ahmad Shabery berkata banyak kekangan dan cabaran menanti agensi berita
ketika cuba bersaing secara sama rata dengan media sosial termasuk
sumber untuk dipadankan dengan aspek kewartawanan rakyat, ciri-ciri
semula jadi media sosial.
"Yang kedua, ada keperluan untuk merevolusikan cara kita menyebarkan
maklumat memandangkan generasi muda di penjuru lain tidak membaca lebih
daripada 140 huruf, dan ketiga sama ada kita boleh mendapat manfaat
daripada usaha media sosial kita kerana ini juga sama penting untuk
kelangsungan hidup kita," kata beliau.
Oleh itu, beliau berkata, agensi berita boleh menambah baik dengan
mencontohi media sosial untuk kepantasan dan pada masa yang sama
mengekalkan tradisi agensi dalam memastikan kesahihan maklumat yang
disebarkan.
Menyentuh mengenai peranan OANA, Ahmad Shabery berkata pertubuhan itu
menyediakan platform penting bagi agensi-agensi berita yang menjadi
anggotanya untuk bekerjasama demi faedah bersama terutama dalam dunia
tanpa sempadan hari ini.
Beliau berkata OANA, yang terdiri daripada 44 agensi berita dari 35
negara, telah muncul sebagai organisasi media terbesar di dunia dan
platform utama untuk pertukaran maklumat secara terus dan bebas di
rantau Asia Pasifik.
- Bernama
Media sosial saingan hebat media konvensional
Sunday, 15 February 20150 comments
Related Articles
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
- Utusan, Kosmo henti operasi minggu ini
- Utusan berisiko ditutup, kata NUJ
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
- Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
Post a Comment