Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek menyambut baik idea
penubuhan komuniti Pertubuhan
Agensi Berita Asia Pasifik (OANA).
Beliau berkata ia merupakan langkah yang baik memandangkan dunia tanpa
sempadan hari ini termasuk penggunaan media sosial memberi cabaran
kepada wartawan dan dunia pemberitaan.
"Walaupun kita tahu agensi-agensi berita masih boleh memainkan peranan
tetapi peranan itu mesti didefinisikan kembali dan saya kira apa yang
dibincangkan perlu diberi penelitian dan usaha yang baik untuk
melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam
bersama delegasi Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) di Kuala
Lumpur, malam tadi.
Idea itu diilhamkan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh ketika berucap pada Mesyuarat
ke-38 Lembaga Eksekutif OANA di Kuala Lumpur.
Zulkefli berkata menerusi komuniti OANA, anggotanya akan dapat
melaksanakan segala kegiatan dengan lebih aktif serta berkongsi
pengalaman bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
- Bernama
Agensi Berita Asia Pasifik disambut baik
Sunday, 15 February 20150 comments
Related Articles
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
- Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
- Utusan terus bernafas, harga akhbar naik 50sen
- Kakitangan Utusan akan dibantu cari kerja baru - Mahfuz
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
Post a Comment