Seorang peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak berkata, pihaknya
masih belum melihat atau
menonton wawancara web editor kewangan akhbar
Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berjuta-juta ringgit yang berada
di akaun bank peribadi perdana menteri adalah dari 1MDB.
Editor
Kewangan WSJ, Ken Brown membuat dakwaan itu dalam satu temu bual dengan
rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu.
Peguam
Wan Azmir Wan Majid berkata firmanya Hafarizam Wan Aisha Mubarak akan
mendapatkan arahan lanjut daripada Najib berhubung perkara itu sebelum
membuat keputusan sama ada untuk memfailkan saman.
"Saya belum melihat artikel atau menonton video itu. Saya tidak boleh komen kecuali selepas melihatnya.
"Secara
jujur, saya belum mendapat arahan. Jika kami mendapat arahan dan saya
tahu dengan nyata apa yang diperkatakan itu adalah benar atau tidak,
saya akan mengulas," katanya hari ini.
Post a Comment