Lagi aduan polis terhadap Sarawak Report

Thursday 18 February 20160 comments

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa supaya polis membuat siasatan terhadap Sarawak Report yang didakwa memperoleh dokumen sulit berhubung rakaman percakapan bekas komando polis Sirul Azhar Umar.
portal

Timbalan Presiden PMSP Zakwan Hafiz Ahmad Ansari berkata dokumen tersebut berkemungkinan telah terbocor dalam tiga situasi iaitu di peringkat kawalan peguam negara, dari simpanan polis atau semasa perjalanan perbicaraan mahkamah.

"Saya telah membuat beberapa pemeriksaan dan saya dapati kenyataan situl itu (didakwa dibuat mengikut Seksyen 113 Kanun Acara Jenayah) tidak diserahkan kepada mahkamah ketika perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu. Justeru, kenyataan itu boleh dianggap sulit," katanya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menurut Zakwan Hafiz, siasatan perlu dibuat kerana pihaknya hairan bagaimana Sarawak Report memperoleh dokumen sulit berkenaan.

Sehubungan itu, PMSP membuat laporan polis terhadap Sarawak Report selain menyiasat rakaman video dibuat oleh bekas komando itu yang sudah disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia berkenaan.

Sebelum ini melalui salah satu siri klip video pendeknya Sirul mendakwa terdapat pihak cuba mempengaruhinya dan menjatuhkan "seseorang" tang tidak dinamakan.

Dipercayai "seseorang" dirujuk Sirul itu adalah Datuk Seri Najib Razak.

Zakwan juga menyebutkan beberapa nama didakwanya cuba mempengaruhi Sirul.

Bagaimanapun Malaysiakini tidak dapat menyiarkan nama-nama berkenaan sehingga mendapat reaksi daripada mereka yang terlibat.
Share this article :

Post a Comment

 
Webmaster : K.A.M.I
Copyright © 2010. Bebaskan Media - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap Webmaster
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat