Akhbar rasmi PAS, Harakah yang disaman oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak atas
dakwaan memfitnahnya mahu memanggil bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New
Straits Times, Datuk A Kadir Jasin sebagai saksi.
Ini berikutan artikel dan blog mereka dirujuk oleh Harakah dalam tuntutan pembelaannya.
Perkara
ini didedahkan oleh peguam Harakah, Mohd Faiz Fadzil berikut pengurusan
kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Hue Siew
Kheng hari ini.
"Kami akan mohon untuk subpoenae Mahathir dan
Kadir serta pengarang artikel lain dari portal berita yang dirujuk dalam
pembelaan,” katanya.
Mahkamah, katanya hari ini membenarkan artikel-artikel berkenaan dirujuk dengan syarat pihaknya memanggil penulis tersebut.
Sebelum ini, peguam Najib membantah penerimaan artikel-artikel berkenaan.
Najib
telah memfailkan saman terhadap editor Harakah Daily dan editor Harakah
berikutan penerbitan berdasarkan satu artikel laporan New York Times
berhubung gaya hidup anak tiri Najib, Riza Aziz.
Post a Comment