Serbuan dilakukan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas pejabat Malaysiakini petang tadi (6/11/2015) dibuat ekoran aduan difailkan Pejabat Peguam Negara.
Aduan sama juga membawa kepada tindakan sama oleh polis dan SKMM ke Ibu Pejabat The Star di Petaling Jaya kira-kira jam 6 petang, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.
Menurut maklumat Pejabat Peguam Negara berpendapat artikel diterbitkan Malaysiakini, "Sudden transfer for MACC prosecutor" dan The Star Online bertajuk "MACC prosecutor 'shocked' over sudden transfer" pada 2 November lalu "berunsur fitnah".
Pejabat
Peguam Negara kemudian membuat laporan polis mengenainya apabila ia
dilihat "secara niat jahat dan telah merosakan nama baik Jabatan Peguam
Negara".
"Siasatan dijalankan ke atas artikel dikeluarkan mereka
(portal yang berkenaan) dan peralatan yang digunakan seterusnya mengenal
pasti pengarang terbabit untuk dirakam (kenyataan) mengikut Seksyen 112
Kanun Acara Jenayah," katanya.
Satu unit komputer juga dirampas.
Menteri sahkan perpindahan
Laporan
polis mengenainya dibuat pada 3 November dan kes berkenaan disiasat
mengikut Seksyen 500 Kanun Acara Jenayah membabitkan tindakan jenayah
fitnah.
Serbuan itu dibuat walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar) semalam mengesahkan seorang timbalan pendakwa raya yang bertugas di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan secara dalaman.
Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa pegawai terbabit, Ahmad Shazalee Abdul Khairi tidak dipindahkan keluar dari SPRM.
Laporan Malaysiakini memang tidak menyebut Ahmad Shazalee dipindahkan keluar dari SPRM.
Pegawai perundangan itu adalah kakitangan Pejabat Peguam Negara tetapi ditugaskan di SPRM.
Sementara
itu Ketua Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin
berkata pihaknya tidak akan mendedahkan sebarang butiran mengenai
serbuan petang tadi untuk masa ini.
"Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie akan mengeluarkan kenyataan esok," katanya dipetik The Rakyat Post.
Kira-kira
10 anggota polis dan SKMM terbabit dalam serbuan di pejabat
Malaysiakini dan keluar kira-kira jam 8 malam selepas merakam kenyataan
daripada Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan.
Polis dan SKMM dijangka akan berkunjung sekali lagi ke pejabat Malaysiakini pada Isnin ini untuk mengambil keterangan daripada dua wartawannya.
Malaysiakini diserbu ekoran aduan Pejabat Peguam Negara
Saturday, 7 November 20150 comments
Related Articles
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
- Utusan, Kosmo henti operasi minggu ini
- Utusan berisiko ditutup, kata NUJ
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
- Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
Post a Comment