Oleh Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Merujuk Presiden Umno dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno hari ini, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan untuk penambahbaikan, saya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan tersebut.
1. Pada 11 Julai 2012 Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah
berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta
Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi relevan.
Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi relevan pula?
2.
Sehubungan itu apabila Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang
dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri, MPKN melalui
Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah diminta oleh pihak Jabatan
Perdana Menteri untuk memberi input kepada undang undang baru bagi
menggantikan Akta Hasutan.
3. Pihak
Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah pun menyediakan input dan
mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan
RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan. Bahkan draf tersebut sudah
pun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan pihak Jabatan Perdana
Menteri.
4. Dengan memperkukuhkan Akta Hasutan, Presiden Umno dalam
ucapannya telah mengirimkan isyarat yang salah bahawa undang-undang
penjajah ini perlu dikekalkan sedangkan suasana hari ini menuntut
undang-undang negara lebih releven dan menepati zaman.
5.
Secara substantif, Akta Hasutan mempunyai tahap pembuktian yang rendah
dan terdedah kepada salahguna maksud menghasut dan mengancam, sedangkan
akta baru yang dicadangkan mengetatkan tahap pembuktian dan bagi
memelihara pada waktu yang sama kebebasan bersuara.
6. PAS
dalam muktamarnya yang lalu turut meluluskan usul sebulat suara supaya
Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan yang lebih baik untuk
memelihara kepentingan keharmonian nasional.
Ternyata dengan
pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri ini membuktikan beliau
tidak mempunyai pendirian tetap dan telah mungkir janji untuk
memansuhkan Akta Hasutan yang telah diikrarkannya sebelum ini.
Lebih malang, apakah Perdana Menteri telah tunduk kepada golongan
ekstrimis dalam Umno yang mahukan Akta Hasutan ini dikekalkan?
* Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.
Home
Penulis Tamu
Presiden Umno mungkir janji dan tiada pendirian
Post a Comment