`Ratu Naga' didakwa hina Najib di Facebook

Thursday 18 February 20160 comments

Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana memuat-naik status di
Facebook yang menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama 'Ratu Naga' di laman sosial Facebook didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan akaun Facebook iaitu 'Ratu Naga', telah didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan membuat posting yang boleh menyakiti perasaan orang lain, di Menara 1, bangunan SKMM pada Jan 26.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000.
Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula untuk peguam hadir dan serahan dokumen.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 6 Oktober tahun lalu, kira-kira jam 12.01 tengah malam menerusi laman profil Facebook 'Ratu Naga' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya untuk menyakitkan hati orang lain.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh dan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohd Adzhar.
Share this article :

Post a Comment

 
Webmaster : K.A.M.I
Copyright © 2010. Bebaskan Media - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap Webmaster
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat