Oleh Zulaikha Zulkifli
Ketua Pengarang Harakah Ahmad
Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi
lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu
permintaan ahli lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu supaya beliau
meletakkan jawatan, katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, soal mengenai keperluan beliau untuk meletak jawatan akan
dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah yang akan
diadakan pada pertengahan Februari depan.
"Saya tak nak keruhkan lagi suasana. Saya cuma nak beritahu yang saya masih lagi berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan Harakah.
"Selepas perkara ini timbul, saya ada buat pertemuan dengan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi.
Selain itu, Lutfi memberitahu, tawaran 'pencen illat' dengan bayaran
separuh gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh
dilaksanakan kerana kriterianya tidak mencukupi.
Ini kerana,
doktor yang merawatnya memberitahu, penyakit yang dihidapinya mempunyai
tanda positif untuk pulih memandangkan pencen illat hanya boleh
diberikan kepada individu yang mempunyai cacat kekal.
"Apabila
berjumpa dengan Dr Rosli, dia maklumkan pada saya, sekiranya tak cukup
kriteria, saya akan terus bertugas. Harakah dan Dr Rosli memberi
jaminan akan memberi keutamaan dan perhatian dari segi kebajikan saya.
"Kes
saya berbeza dengan dua pengarang (Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid)
kerana saya kakitangan tetap. Mereka bekerja secara kontrak," katanya
lagi.
Ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya kini dan adakah beliau boleh bertugas, Lutfi berkata keadaannya kini bertambah baik.
Namun, Lutfi berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya di
letakkan jawatan yang bersesuaian sekiranya tahap kesihatannya tidak
mengizinkan.
"Saya amat memahami sekiranya kesihatan saya tak
mengizinkan. Saya pun tak akan gagahi juga. Walaupun komitmen nak beri
sumbangan pada parti tinggi, tapi saya tak akan sama sekali meletakkan
diri saya ke peringkat meyusahkan Harakah dan parti.
"Sekiranya tak mampu, saya rasa tak ada masalah kalau nak diletak dalam post yang lebih sesuai," katanya.
Ditanya adakah isu perletakan jawatan ini ada kaitan dengan penyiaran
artikel Che Samsudin Othman atau Dinsman yang dikatakan mengkritik ulama
dalam PAS, Lutfi berkata perkara itu di luar pengetahuannya.
"Saya tak bertugas masa itu. Saya tak boleh nak kaitkan permintaan
berhenti dengan pergolakan parti atau dengan artikel Dinsman atau
apa-apa.
"Saya merasakan isu ini boleh selesai secara kekeluargaan," tambahnya lagi.
Lutfi: Saya masih ketua pengarang Harakah
Sunday, 11 January 20150 comments
Related Articles
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
- Utusan, Kosmo henti operasi minggu ini
- Utusan berisiko ditutup, kata NUJ
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
- Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
Post a Comment