Bebaskan media bagi menggalak kebijaksanaan umum ...

Wednesday 30 April 20140 comments

PETALING JAYA: Kebebasan media masih menjadi isu perbalahan di Malaysia, dengan tuduhan mendiamkan media kerap dibuat terhadap kerajaan.

Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini telah menyentuh mengenai isu ini dalam laman blognya dengan meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk "sila mempengaruhi pemilik media untuk membahagi masa dan ruang cetak yang mencukupi untuk isu-isu sebenar rakyat, berbanding dengan isu yang hanya menguntungkan sekumpulan kecil".
Pakar sains politik, Dr Wong Chin Huat juga berbicara mengenai isu ini, dan berkata apa yang benar-benar diperlukan adalah kebebasan media.
"Daripada Shabery Cheek memberitahu media apa yang perlu dilakukan, kita harus membebaskan media cetak dan penyiaran, supaya pasaran boleh memutuskan apa yang mereka mahu.
"Ia bukan sebuah syarat yang mencukupi, tetapi sesuatu yang perlu. Jika tidak, anda akan bergantung kepada kemurahan hati menteri dalam memutuskan kandungan," katanya
Wong berkata apa yang menghalang pasaran dan media pada masa ini adalah "halangan kemasukan dan kawalan politik".
"Jika pengamal media perlu menunggu ahli-ahli politik untuk memberitahu mereka apa yang perlu ditulis, mereka tidak boleh menjadi terlalu cemerlang. Biarkan pasaran menentukan siapa pengamal media yang tidakbegitu pintar, dan menarik dan mengekalkan orang-orang yang bijak.
"Tidak sepatutnya Zaid atau menteri memutuskan apa yang sepatutnya ketara; ia seharusnya dilakukan pembaca dan penonton," katanya.
Zaid, dalam blognya, telah meminta Shabery untuk mempengaruhi pemilik media untuk menerbit dan mengutarakan "isu-isu kepentingan awam sebenar".
"Sebagai contoh, Dr Ongkili (Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau) bercakap tentang air, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bercakap mengenai rancangan beliau untuk menguruskan penagihan dadah yang serius di kalangan golongan muda, dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang mempunyai personaliti baru – mungkin beliau boleh melibatkan diri dengan rakyat dan bercakap tentang keadaan tugas mereka, tanpa perlu membaca dari skrip yang telah disediakan terlebih dahulu.
"Ini adalah isu-isu sebenar yang mempunyai kepentingan awam. Sebaliknya, seorang ahli politik kanan yang diberi satu lagi anugerah diraja untuk kesekian kalinya atau 'berita' mempromosikan kejohanan golf tidak layak mendapat liputan. Apatah lagi klip-klip video yang menunjukkan pemimpin-pemimpin kita sedang diraikan oleh sheikh-sheikh Timur Tengah di luar negara," tulis Zaid.
Pandangan Wong tepat. Kebanyakan rakyat Malaysia bijak. Tanggalkan belenggu yang membendung media, terutama media penyiaran yang kebanyakannya milik kerajaan atau didakwa ada kaitan dengan kerajaan, dan biarkan orang ramai membuat keputusan apa yang mereka percaya dan apa yang mereka tidak percaya.
Lagipun dengan adanya Internet, apa gunanya sekatan? Ia hanya akan mengurangkan jualan akhbar dan penurunan jumlah penonton.
Share this article :

Post a Comment

 
Webmaster : K.A.M.I
Copyright © 2010. Bebaskan Media - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap Webmaster
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat