Oleh Nobisha
eperti keistimewaan lain, ia boleh ditarik balik apabila seseorang menyalahgunakannya.
Sebagai
contoh, apabila seseorang gagal menggunakan keistimewaan yang
diberikan sebagai pemandu, maka lesennya boleh digantung dan dia tidak
boleh memandu lagi.
Begitu juga dengan keistimewaan untuk
seseorang memasuki sesebuah negara. Apabila dia didapati melakukan
sesuatu yang tidak dikehendaki oleh negara itu, maka keistimewaan
memasuki negara tersebut ditarik balik. Dia mungkin tidak diberikan
visa atau dihalang untuk masuk sewaktu tiba di sempadan.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan un tuk mengawalselia
ketenteraman dan kesejahteraan rakyat, dan salah satu mekanisme yang
boleh digunakan ialah dengan membataskan keistimewaan kepada mereka
yang gagal menggunakan sesuatu kemudahan dengan betul.
Akses kepada internet adalah satu keistimewaan.
Apabila ketua negara seperti Yang di-Pertuan Agong dihina melalui
internet, maka tindakan itu sepatutnya dilihat sebagai penyalahgunaan
internet dan hak keistimewaan itu ditarik balik.
Sebelum ini, kita juga melihat bagaimana simbol negara seperti Jalur Gemilang dan lagu Negaraku dipersendakan oleh rakyat Malaysia dan mereka bebas melakukan sedemikian di media sosial.
Bukan sekadar tonggak negara diperlekehkan, malah Allah SWT dan agama
Islam juga dipermainkan di internet. Ini adalah satu bentuk penghinaan
yang besar dan ia dilakukan secara wewenang, tanpa segan-silu.
Singapura cuba mengawal selia internet dengan memperkenalkan
undang-undang. Mana-mana laman web berita yang mempunyai
sekurang-kurangnya 50,000 pelawat unik diwajibkan mendaftar dengan
Lembaga Pembangunan Media, membayar cagaran dan akur dengan arahan
kerajaan untuk menarik balik mana-mana kandungan yang dibantah oleh
lembaga tersebut.
Sementara kita boleh bersetuju dengan hasrat
kerajaan Singapura, namun mekanisme sedemikian masih boleh
dipertikaikan. Undang-undang sedia ada membolehkan kerajaan mengambil
tindakan kepada penerbit laman berkenaan yang kebiasaannya merupakan
sebuah organisasi perniagaan berdaftar.
Proses pendaftaran laman web
seperti yang diperkenalkan di Singapura itu tidak banyak membantu
melainkan ia mewujudkan satu senarai laman web untuk dipantau.
Apa yang lebih membimbangkan sekarang ialah penyalahgunaan yang
dilakukan oleh orang perorangan. Individu ini berkomunikasi melalui
media sosial seperti blog, Twitter dan Facebook.
Sebahagian
besar rasa ketidaktenteraman ini diwujudkan oleh individu bukannya
organisasi media, walaupun ia kritikan kepada sesebuah kerajaan.
Betul, negara kita mempunyai peruntukan yang cukup untuk mengambil
tindakan kepada individu yang melanggar undang-undang negara. Namun ada
juga perbuatan yang tidak melanggar undang-undang negara tetapi boleh
mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.
Maki-hamun,
ugutan dan penggunaan bahasa kesat di internet telah menyebabkan
tekanan di kalangan pengguna. Ada orang menganggap perbuataan ini
sebagai sesuatu yang cool dan menghiburkan. Akibat perbuatan sebegini, internet sudah tidak lagi menjadi satu wadah yang harmoni.
Yayasan i-SAFE melaporkan separuh remaja mengatakan mereka pernah
menjadi mangsa pembuli siber manakala hampir separuh lagi mengakui
mereka pernah membuli di internet.
John C. LeBlanc, profesor di
Dalhousie University, Kanada menemui 41 kes remaja membunuh diri
akibat pembuli siber sejak tahun 2003 dan jumlah ini semakin meningkat.
American Academy of Pediatrics pula mengatakan pembuli siber adalah
sebahagian risiko remaja yang menggunakan media sosial.
Apa
yang disebutkan sebagai "Red Bean Army" adalah contoh pembuli siber
yang mensasarkan mereka yang tidak sehaluan politik. Hal yang hampir
sama berlaku dalam lain-lain bidang termasuklah hiburan, sukan dan
lain-lain.
Persoalannya sekarang ialah adakah kita akan
membiarkan hal ini berlaku dengan tanggapan bahawa internet adalah
bebas dan kerajaan tidak boleh mengawal selia?
Tanggapan mengatakan internet adalah bebas dan tidak boleh dikawal adalah naif dan dangkal.
Akses kepada internet bukanlah satu hak. Akses kepada internet adalah
satu keistimewaan dan keistimewaan ini boleh ditarik balik.
Sesiapa sahaja yang melanggan perkhidmatan internet disyaratkan untuk bersetuju dengan "Terma Penggunaan" (Terms of Use). Terma ini menggariskan bagaimana internet seharusnya digunakan.
Bagi mengukuhkan lagi Terma Pengunaan, adalah dicadangkan agar ia
disertakan dengan "Polisi Pengunaan Diterima" atau "Acceptable Use
Policy" (AUP). AUP menggariskan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
oleh seseorang yang mengakses penggunaan internet tersebut.
Apabila seseorang melanggar AUP, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
sebagai pengawal selia internet di negara ini boleh mengarahkan pembekal
perkhidmatan internet atau "internet service provider" (ISP) untuk
membatalkan langganan perkhidmatan tersebut.
Bagi maksud ini, kerajaan boleh mewujudkan sebuah tribunal di Forum Pengguna (Consumers' Forum)
yang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Malah,
Akta ini memberikan ruang yang besar untuk Forum Pengguna diberikan
kuasa tambahan untuk memantau dan menerima aduan pengguna termasuklah
dalam isu ini.
Apabila menerima aduan, tribunal ini boleh
memanggil pengadu dan orang yang diadu untuk membela diri. Apabila
terbukti wujud pelanggaran AUP, maka keistimewaan mengakses internet
ditarik balik.
Selain individu, organisasi perniagaan atau entiti
seumpamanya bertanggungjawab untuk menentukan akaun internet mereka
digunakan secara yang menepati AUP. Mereka tidak boleh memberikan
alasan "tidak tahu" apabila akaun internet mereka digunakan untuk
tujuan yang salah.
Pendekatan ini bukan saja dilihat lebih
efektif untuk mengawalselia internet tetapi juga mendidik pengguna
dengan etika penggunaan yang baik.
Akhir sekali, kita tidak
perlu mengikuti Singapura untuk melesenkan laman web. Kita ada cara
kita untuk menyelesaikan isu yang unik di negara kita. Menarik balik
keistimewaan akses internet sudah cukup untuk menghukum mereka yang
primitif!
http://nobisha.blogspot.com/
Post a Comment