SHAH ALAM – Badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menuntut supaya media
arus perdana di negara ini dibebaskan daripada pengaruh parti politik
atau kerajaan, khususnya RTM.
Pengarah Suara Anak Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong mendakwa kerajaan
BN selama ini telah memonopoli RTM sekaligus menafikan hak rakyat
Malaysia untuk bebas bersuara.
"Saya sendiri boikot banyak akhbar arus perdana kerana mereka tidak bebas.
“Jika pada tahun 80-an 90-an, saya boleh ditemui di media arus perdana, dan kini sebaliknya.
"Media arus perdana hari ini walaupun diboikot, namun mereka masih
membuat keuntungan daripada surat khabar,” katanya pada sidang media, di
sini, hari ini.
Katanya, RTM sepatutnya menjadi media kepada rakyat yang membayar cukai.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tenaganita (Women's Force) Dr Irene
Fernandez mendakwa, rakyat begitu kecewa dengan media arus perdana
susulan pemberitaan yang tidak telus.
Katanya tindakan boikot ini bukan sahaja dilakukan NGO malah dilakukan
secara individu susulan pelbagai maklumat yang diperolehi di media
sosial.
“Laporan (setengah) media arus perdana sangat mengelirukan dan ada
kalanya dimanipulasikan keseluruhannya, tidak kurang pula laporan yang
tidak jujur," ujar beliau.
Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Ho
Yock Lin, tindakan boikot ini sebenarnya mencerminkan kekecewaan rakyat
terhadap media yang diperalatkan oleh pihak tertentu untuk mencapai
cita-cita politik.
"Mungkin kebanyakan rakyat tidak lagi mendapatkan maklumat dari media
arus perdana, kerana media alternatif lebih berguna dan telus dalam
setiap laporan mereka," ujar beliau.
NGO desak 'bebaskan' media dari pengaruh politik
Tuesday, 28 May 20130 comments
Related Articles
- Kakitangan Utusan akan dibantu cari kerja baru - Mahfuz
- Bayaran pendahuluan gaji kakitangan Utusan sumbangan Umno, kata NUJ
- Bursa gantung Utusan 30 Ogos sebelum nyahsenarai
- Utusan, Kosmo henti operasi minggu ini
- Utusan berisiko ditutup, kata NUJ
- Gaji kakitangan Utusan tidak akan dibayar, NUJ diberitahu syarikat
Post a Comment