Sekat TMI, Malaysia akan jadi seperti Korea Utara, kata Dr Mahathir Posted on Saturday,

Saturday 27 February 20160 comments

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses kepada laman berita The Malaysian Insider disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah ke arah menjadi seperti negara Korea Utara.
Membidas tindakan itu, bekas perdana menteri itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kerana takut dengan kebenaran.

"Kerajaan takut orang ramai tahu perkara sebenar. Sebab itu mereka perlu sekat.

"Ia bagi melindungi tindakan yang mereka buat, menyembunyikan apa yang mereka lakukan," kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.

Beliau menyifatkan kerajaan Najib sedang mengikut jejak negara diktator yang menyekat maklumat
kepada rakyatnya dengan mengambil langkah sama.

"Mereka tidak benarkan orang (media) memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dalam negara.
"Sama seperti Korea Utara, kita sedang menuju ke arah itu," katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan sekarang hanya mahu orang ramai membaca apa yang mereka ingin sampaikan, sambil mendakwa, ia penuh dengan penipuan.

"Mereka mahu sekat maklumat kecuali apa yang mereka beritahu kepada orang ramai. Dan apa yang mereka beritahu orang ramai, banyak yang menipu," katanya.

Tindakan yang diambil Najib juga bertujuan menakut-nakutkan rakyat, kata Dr Mahathir.
"Orang ramai sudah takut untuk bercakap atau melakukan sesuatu yang menentang Najib. Kamu akan ditangkap, ditahan atau didakwa di mahkamah," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam mengesahkan menyekat laman web The Malaysian Insider atas alasan "keselamatan negara".

Pengawal selia internet itu juga sebelum ini pernah menyekat laman web lain, termasuk laman web pengumpul berita Malaysia Chronicle, kerana didakwa melanggar undang-undang negara, dan Sarawak Report yang membuat dakwaan rasuah terhadap Najib
Share this article :

Post a Comment

 
Webmaster : K.A.M.I
Copyright © 2010. Bebaskan Media - All Rights Reserved
Pandangan Dalam Laman Web ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap Webmaster
Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat